logo-top-1

Pertama di Malaysia!

Kelas mengaji pertama kali ditawarkan di Malaysia!
logo-top-2

Belajar di mana-mana

Tiada alasan untuk tidak belajar mengaji!
logo-top-3

Harga super murah!

Harga kelas online kami harga termurah di pasaran

PLBQ Akademi adalah adalah terhasil dari Program Pakej Lengkap Belajar Al-Quran PLBQ yang memberi bimbingan belajar mengaji Al-Quran menerusi Kaedah Mengaji PLBQ yang mengabungkan penggunaan teknologi di dalam pembelajaran Al-Quran sesuai dengan perkembangan Islam sejagat dengan keperluan masyarakat Islam pada abad ini.

PLBQ telah berkecimpung dalam bidang pembangunan penggunaan teknologi di dalam pembelajaran Al-Quran ini sejak tahun 2011 sehingga kini. Apa yang membuatkan tercetusnya pembangunan ini adalah bertujuan sebagai pelengkap kepada cara belajar Al-Quran sedia ada dengan memberi nilai tambah melalui penggunaan teknologi yang memberikan kemudahan cara belajar Al-Quran yang lebih mudah serta berkesan didalam memenuhi keperluan cabaran hambatan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia kini untuk membaca Al-Quran dan memahami adalah sangat diperlukan saat ini. Di antara penyebab utama masyarakat masih ketinggalan dalam bidang mengaji adalah kerana berhadapan dengan kesibukkan atau tidak ada masa untuk belajar mengaji serta kurangnya pendedahan dakwah terhadap tanggungjawap terhadap Al-Quran yang merupakan panduan kehidupan yang lengkap serta peneman kehidupan setelah kematian dan syafaat yang sangat besar diakhirat nanti

PLBQ Akademi adalah sebuah platform yang membantu masyarakat untuk lebih mudah membaca Al-Quran mengikut kesesuaian dan keselesaan pelajar, fleksibel dan sangat sesuai kepada individu atau ibu bapa yang penuh dengan kesibukan aktiviti harian.PLBQ Akademi juga membantu ibubapa serta keluarga menerusi konsep belajar dan mengajarkannya pula supaya dapat memainkan peranan sebagai pemangkin untuk mewujudkan keluarga Qurani untuk generasi masa hadapan.

Di dalam masa yang sama PLBQ Akademi memberi peluang melatih kepada pelajar atau fresh grad untuk menggunakan kaedah penggunaan teknologi didalam pembelajaran Al-Quran untuk menjana lebih ramai yang berkebolehan memberi bimbingan dengan kaedah yang sama kepada masyarakat diluar sana yang sangat memerlukan bimbingan yang dedekasi dan berterusan untuk mewujudkan kesedaran tenntang pentingnya Al-Quran didalam kehidupan yang sebenar.

Tenaga Pengajar

Saya Abdul Ghafar Ali dari Pakej Lengkap Belajar Al-Quran PLBQ. Alhamdulillah, dengan pengalaman kurniaan Allah lebih kurang 10 Tahun dalam pembangunan Pakej Lengkap Belajar Al-Quran termasuk teknologi alat bantu belajar serta binaan kaedah penggunaan yang sistematik didalam pembelajaran Al-Quran yang bermula dari buku IQRA’ 1 – 6 beraudio, buku Tajwid dengan contoh beraudio serta Kandungan 30 Juz Al-Quran beraudio dengan 2 Qari Tempatan supaya para penggunanya mampu segera belajar mengaji Al-Quran dengan betul, tepat dan menyenangkan.

Bukan itu sahaja saya juga terlibat di dalam penghasilan Kaedah Mengaji PLBQ iaitu memberi bimbingan belajar secara efektif penggunaan alat bantu belajar di dalam sukatan atau silibus yang terdapat didalam pakej ini. 3 tahun Pengalaman terlibat mengajar dikelas pengajian Al-Quran setelah diberikan sanad mengajar oleh kerjasama pembangunan penggunaan teknologi di dalam pebelajaran asas Al-Quran Universiti Malaya dan Masjid Sultan Abdul Aziz Sek 14 Petaling Jaya. Lebih kurang 2 Tahun pengalaman membimbing pembelajaran Al-Quran dari Pakej PLBQ melalui media social facebook dan Instagram Live

Alhamdulillah kini telah terbukti dapat memudahkan puluhan ribu orang mempelajari Al-Quran dari Langsung Tak Reti Mengaji kepada Sudah Boleh Mengaji Al-Quran dengan tepat dan betul

Kelas Yang Ditawarkan

Pelajaran Iqra 6

(0 review)
0
student
0
RM50.00
RM50.00

Pelajaran Iqra 5

(0 review)
0
student
0
RM50.00
RM50.00

Pelajaran Iqra 4

(0 review)
0
student
0
RM50.00
RM50.00

Pelajaran Iqra 3

(0 review)
1
student
0
RM50.00
RM50.00

Pelajaran Iqra 2

(0 review)
0
student
0
RM50.00
RM50.00

Pelajaran Iqra 1

(0 review)
1
student
0
RM50.00
RM50.00

Langgan Newsletter Kami

Masukkan emel anda di bawah ini. Kami akan menghantar promosi, tips terus ke inbox anda!